e-naikpangkat

URUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT
ATAS TALIAN UNTUK WARGA JKR

Jabatan Kerja Raya Malaysia

e-naikpangkat

Dasar dan peraturan pemangkuan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam adalah berasaskan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005], Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 [P.U.(A) 75/2010] dan Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran, 2010 [P.U.(A) 24/2010].

PEMANGKUAN

Pelaksanaan tugas secara sepenuh masa, suatu jawatan lain yang lebih tinggi grednya daripada gred hakiki dalam skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.

NAIK PANGKAT

Peningkatan secara hakiki dari satu gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.